Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuridhoi Islam itu jadi Agama Bagimu (Al Maidah: ayat 3)

9.27.2008

SMS UCAPAN LEBARAN 1429 H


” Sepuluh jari tersusun rapi.. Bunga melati pengharum hati .. SMS dikirim
pengganti diri… Memohon maaf setulus hati … Mohon Maaf Lahir Dan Batin
.. Met Idul Fitri 2008



Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap,
Tiada kata, Kecuali “saling maaf” jalin ukhuwah & kasih sayang raih
indahnya kemenangan hakiki, Selamat Hari Raya Iedul Fitri 1429 H.

Mawar berseri dipagi Hari
Pancaran putihnya menyapa nurani
Sms dikirim pengganti diri
SELAMAT IDUL FITRI 1429 H
MOHON MAAF LAHIR BATHIN

Hai temansku yg caem, izinkan saya mengucapkan minal aidzin walfaidzin. Maaf kalo ada salah kata dan perbuatan. Ttd. sylvie, temanmu yg lebih caem lagi

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Meniti hari menabur khilaf menyongsong fitri menuai maaf Smg tiada tersisa khilaf dosa Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Shiyamana Wa Shiyamakum Selamat Idul Fitrixxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

jika maaf seterang mentari, biarkan ia terbit di hari nan fitri ini.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum Ramadhan pergi
Sebelum Idul fitri datang
Sebelum operator sibuk
Sebelum sms pending mulu
Sebelum pulsa habis
Dari hati ngucapin MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN
MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN


Walaupun Hati gak sebening XL dan secerah MENTARI.
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa
kuminta SIMPATI-mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa dan kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepadaNya yang selalu membuat kita HOKI
dalam mencari kartu AS selama kita hidup karena kita harus FLEXIbel untuk menerima semua pemberianNYA dan menjalani MATRIX kehidupan ini…
dan semoga amal kita tidak ESIA-ESIA…Mohon Maaf Lahir Bathin.



9.26.2008

AIDIL FITRI AIDIL INSANI

1. Mukaddimah 

APABILA umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadan, saat berakhirnya puasa itu disambut dengan perayaan aidilfitri, yang bererti secara harfiahnya “kembali seperti sedia kala.” Dari segi adatnya umat Islam kembali makan minum di siang hari namun dari segi pengertian agama, umat Islam kembali kepada fitrahnya, iaitu kejadian asal manusia, seperti dikatakan oleh Nabi: “Manusia dilahirkan dalam bentuk fitrah, ibu bapanya yang mencorakkan menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Ertinya, umat Islam setelah melalui tamrin atau latihan jasad dan kerohanian sepanjang bulan Ramadan, dengan menahan segala yang dilarang agama, akan memulihkan kedudukan manusia itu ke tempat yang asal. Tempat asalnya atau fitrahnya ialah “ahsanu taqwim” (sebaik-baik kejadian) seperti diungkapkan dalam al-Quran

Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam keadaan atau binaan yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami lemparkan mereka di tempat yang paling buruk.” 


Mengikut hadist, pada bulan Sya’ban, sebelum puasa, kitab amal manusia akan ditutup dan diserahkan ke langit. Manusia selepas itu menjalani tamrin atau latihan pada bulan Ramadan, dan akan memulai cara hidup baru pada bulan Syawal. 

2. Aidil fitri Sebagai Hari Kemenangan 

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi para salihin, muqarrabin dan muslimin. Selama sebulan mereka menghadapi dugaan Allah; siang harinya melawan tuntutan nafsu dan runtuhan amarah; malamnya mereka qiam, bersembahyang tarawih, witir dan bertadarus. Kehadiran Aidilfitri merupakan anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang takwa dan tawadhuk. 

Hari Raya Aidilfitri sebenarnya puncak peribadatan yang diamalkan di sepanjang Ramadhan. Di pagi Syawal umat Islam berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertasyahud sebagai menyatakan kesyukuran ke atas nikmat yang telah dianugerah oleh Allah. Ibadat puasa dalam perkiraan Allah itu sangat tinggi. Diriwayatkan oleh Ahmad Al-Nasai dan Al-Hakim Abu Umamah, katanya, “saya bertemu Rasulullah S.A.W. lalu saya menyatakan suruhlah saya mengerjakan sesuatu amalan yang memasukkan saya ke dalam syurga. Bersabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Tetaplah engkau berpuasa, kerana puasa itu tak ada bandingannya.” Kemudian saya mendatangi nabi kali yang kedua, maka nabi berkata pula: “Tetaplah engkau berpuasa.” 

Dari riwayat Ahmad Al-Nasai dan al-Hakim Abu Umamah itu, menjelaskan ganjaran puasa ialah syurga. Ini bererti bahawa pahala puasa itu sangat tinggi, dan nilainya di sisi Allah sangatlah besar. Ketinggian dan kebesaran ibadat puasa itu pula, memberi pengertian yang mendalam terhadap definisi Hari Raya Aidilfitri. 

3. Definisi Hari Raya Aidilfitri 

Sejarah Hari Raya Aidilfitri ini, selain daripada hubungannya dengan ibadat puasa, iaitu menandakan tibanya manifestasi kemenangan, juga sebagai anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Fitrah bererti naluri, sesuatu yang selari dengan sifat kejadian manusia. Jadi, Hari Raya Aidilfitri atau ‘Idil al-fithr’ itu ialah suatu perayaan kemenangan yang sesuai dengan kejadian sifat manusia. Hari itu haruslah dirayakan menurut sifat manusia itu sendiri. 

Apakah sifat manusia? 

  Manusia berasal daripada perkataan ‘nun’, ‘sin’ dan ‘ya’, iaitu ‘nusia’. Perkataan ini bermaksud ‘pelupa’, ‘lalai’ atau secara iktisarnya dapat ditegaskan sebagai makhluk yang lemah dan mudah terpedaya. Dari situ timbul perkataan ‘insan’, iaitu hamba yang dicipta oleh pencipta-Nya dalam keadaan yang selalu atau sering ‘kurang berdaya’. Jadi, sama ada manusia atau insan, maknanya adalah sama, iaitu suatu kejadian yang dikelilingi oleh kealpaan dan kelemahan. 

  Memahami hakikat ini, bukannya bererti sesuatu yang luar biasa, justeru kita manusia dalam hidup ini tidak akan terhindar, malah tidak berkuasa untuk tidak melakukan kesalahan. Bagaimanapun seperti yang diakui oleh Allah sendiri, manusia ini dicipta dalam keadaan sebaik-baik kejadian. Di antara sifat kebaikan manusia itu ialah mempunyai akal, dan boleh berbicara. Dalam diri manusia disediakan perasaan, naluri dan keinginan. Manusia cintakan hal-hal yang indah, cantik dan mengkhayalkan. Manusia inginkan kekayaan. Manusia mahu kebahagiaan dan sebagainya. Itulah fitrah manusia. 

  Islam adalah agama fitrah. Agama yang paling sesuai dengan sifat dan keinginan manusia. Islam sesungguhnya adalah agama manusia yang memahami jiwa, perasaan dan pemikirannya. Dan Islam juga agama yang mudah, justeru manusia inginkan kemudahan bukan sifat-sifat atau ciri-ciri manusia dan nalurinya, yang bertentangan dengan Islam. Islam membenarkan manusia berkahwin, beranak pinak dan berketurunan. Islam menggalakkan mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya asal sahaja dari sumber yang halal. 

  Oleh kerana manusia dibekalkan oleh bermacam-macam naluri dan fitrah; dan manusia dilepas-bebaskan ingin memenuhi kehendak nalurinya; bererti ia akan terjerumus ke lembah tamak. Manusia yang dijadikan sifat kealpaan dan kelupaan sering sahaja tenggelam ke dasar pemuasan nafsu syaitannya jueteru itu, Islam tidak membenarkan pemenuhan keinginan naluri itu secara membabi buta. Naluri dan fitrah manusia dalam pandangan Islam ada batasannya. 

  Manusia boleh makan dan minum. Tetapi jangan makan dan minum secara berlebihan. Apalagi memakan makanan yang haram. Dan apabila datang bulan puasa, manusia diharamkan makan di waktu siang harinya. Bukankah ibadat puasa itu, sesungguhnya sebagai jaringan dan tapisan kepada pemenuhan fitrah yang amarah dan ganas serta rakus itu? 

  Memahami pengertian ‘manusia’, ‘insan’ dan ‘fitrah’ dalam konteks Islam, kita akan lebih memahami pula definisi dan fungsi Hari Raya Aidilfitri itu sebagai hari perayaan yang sesuai dengan sifat manusia. Justeru itu, walaupun hari Raya Puasa ini bererti ‘hari kemenangan’, ‘hari perayaan’ dan ‘hari bersuka ria’, tetapi ada batas-batas dan sempadannya. Kita tidak boleh merayakan dengan memenuhi keinginan nafsu dan rasa pemuasan manusiawi kita. Alangkah buruknya dalam pandangan Islam hari mulia itu kita cemari dengan amalan dan perbuatan jijik yang melanggar batas kesucian. 

 4. Pengisian Hari Raya Aidilfitri 

  i) Berpakaian bersih dan bersembahyang sunat 

  Sebaik-baik merayakan hari yang berkat itu, kita mencontohi amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasullah dan para sahabat baginda seperti berpakaian bersih dan cantik di pagi Hari Raya sebagai tanda kebesaran dan nikmat dari Allah. Ketibaan pagi Sya-wal harus diniati untuk pergi ke masjid bersembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri. Nabi Muhammad S.A.W., menurut Anas, ada menyatakan, baginda tidak akan ke masjid sehingga baginda terlebih dahulu makan buah tamar. Hadis Bukhari ini menunjukkan bahawa amalan yang baik di pagi raya itu makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Sesampai ke masjid, baginda akan bersembahyang Hari Raya Aidilfitri bersama-sama kaun muslimin; kemudian memberi khutbah.  

  ii. Bersedekah dan Membayar Zakat Fitrah  

  Bersedekah dalam konsep Islam di Hari Raya menandakan kesyukuran orang-orang berada bersimpati dengan orang-orang yang kurang berupaya untuk bersama-sama meraikannya. Dalam konteks menolong orang-orang kurang upaya, terutamanya fakir miskin, Islam mewajibkan kaum muslimin supaya mengeluarkan zakat fitrah. Pahala meeka yang mengerjakan rukun islam yang keempat ini hanya akan tergantung di awangan, jika tidak berfitrah; dan akan diangkat ke langit setelah zakat fitrah dikeluarkan. Zakat adalah sebutan dari sebuah hak Allah Taala yang dikeluarkan seseorang kepada fakir miskin. Di dalamnya terkandung harapan untuk beroleh berkat, membersihkan jiwa dan memupuknya dengan pelbagai kebajikan. Siapa yang membayarnya sebelum sembahyang hari raya menandakan zakatnya diterima Allah dan siapa yang membayar selepas sembahyang, zakatnya samalah seperti sedekah biasa. 

  Hari Raya Aidilfitri, harus dirayakan oleh setiap golongan Islam, baik yang kaya ataupun miskin. Pada hari itu, tiada perbezaan antara kaya atau miskin. Sebagai bukti hikmat puasa. Puasa mengajar kepada golongan kaya, supaya merasakan penderitaan dan kesengsaraan golongan fakir miskin. Di hari yang mulia itulah golongan kaya, tidak hanya setakat merasakan keazaban itu, tetapi memberikan sebahagian dari kekayaannya untuk dinikmati oleh golongan yang kurang mendapat nikmat dunia ini. 

 iii. Bermaaf-maafan dan Menjalin Persaudaraan 

 Suatu amalan yang suci telah menjadi budaya orang-orang Islam di Malaysia pada Hari Raya ialah bermaaf-maafan. Baik yang muda atau tua, menghulur tangan, memberi tahniah dan ‘mubarak’. Mereka mengungkapkan ucapan ‘maaf lahir dan batin’ dan ‘minal a’idin wal faizin’ ( orang yang pulih dan berjaya ) serta memohon diampunkan segala dosa. Memanglah dalam interaksi sosial, tentu ada sahaja perbuatan yang boleh melukakan hati sahabat sesama muslim; begitu juga ada perasaan tidak baik yang tersimpan di sanubari dan batin; pada hari itulah segalanya dibersihkan: memohon ampun agar Tuhan memberikan limpah kurnia-Nya. 

  Tegasnya Hari Raya Aidilfitri, menjadi jambatan yang menghubungkan silaturahim antara sesama kaum Islam. Sahabat yang jauh didekatkan. Hanya dengan eratnya persahabatan sesama Islam, kekuatan agama ini akan terasa padu dan kukuh. Sebab itu, Islam menggalakkan selepas bersembahyang sunat, berkumpul di rumah untuk merapatkan hubungan sesama keluarga yang menjadi asas mujtamak Islami; kemudian berziarah ke rumah jiran tetangga dan sahabat handai bertujuan untuk mempererat tali persaudaraan yang sedia ada. Sebenarnya kunjungan dan lawatan yang utama ialah menghubungkan persaudaraan bukan makanan yang sedap-sedap semata-mata atau menghias rumah secara berlebihan. 

  Sebagai negara bermasyarakat majmuk, Hari Raya dapat dijadikan landasan untuk memupuk persafahaman dan muhibah antara kaum. Tuhan sememangnya menjadikan manusia ini bersuku-suku dan berkaum-kaum, tujuannya ialah untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Maka Hari Raya Aidilfitri ini dapat memenuhi hasrat dan aspirasi ‘perkenalan’ itu. 

  Cuma, dalam kontek meraikan tetamu bukan Islam ini, janganlah pula terlalu ghairah misalnya sehingga sanggup menyediakan minuman yang haram untuk tetamunya itu. Malah tetamu itu awal-awal lagi menyatakan, jika tidak disediakan minuman keras dia tidak akan datang mengunjung. Jadi, Hari Raya Aidilfitri yang mulia itu, yang berhasrat tujuan untuk muhibah antara kaum, telah menjadi medan maksiat. Sesungguhnya cara muhibah begini, langsung tidak dikehendaki dalam Islam. Sebagai seorang penganut yang diredai, ia harus menjelaskan kedudukan itu kepada sahabat yang bukan Islam itu kerana orang-orang Islam mempunyai caranya yang tersendiri untuk merayakannya. 

  Islam tidak melarang hiburan atau bentuk pesta sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Islam sebagai agama fitrah mengetahui apa yang dirasa, difikir dan diinginkan oleh manusia. Tetapi bentuk hiburan itu tidaklah sampai melampau batas kefitrahan manusia, sehingga ia lupa pada dirinya. 

  Daripada Aisyah (ra), beliau menyatakan telah datang Abu Bakar ketika dua orang jariah dari golongan Ansar menyanyi dengan lagu ‘youm bu ‘ath’ iaitu hari kemenangan. Saidina Abu Bakar berkata: apakah ada suara syaitan di rumah Rasululah, dan sebenarnya pada hari itu Hari Raya. Hal ini diketahui oleh Baginda Rasululah S.A.W. lalu menyatakan bahawa setiap kaum itu ada hari rayanya dan dan hari raya ini adalah hari raya untuk kaum Muslim. Dari Aishah ini, dapat dirumuskan bahawa pada Hari Raya Aidilfitri ini, Islam membenarkan nyanyian untuk berhibur. 

  Cuma bentuk nyanyian dan hiburan itu harus difahami. Isi nyanyiannya ialah ‘yaoum bi’ath’ yang dimaksudkan sebagai nyanyian-nyanyian yang berisikan puji-pujian kepada Allah. 

  Dalam hadis itu tidak menyebutkan kedua-dua jariah itu menyanyi dengan iringan sebarang apa alat bunyi-bunyian. Sesuai dengan Hari Raya Aidilfitri, hari menyambut kemenangan, maka Islam membenarkan umatnya menyanyikan lagu-lagu yang senada dengan syarat-syarat yang diberikan. Di antara lagu-lagu yang dapat dicontohkan ialah lagu-lagu nasyid, berzanji, bernazam dan sebagainya. Sesungguhnya tidaklah sesuai dengan lagu disko atau lagu asmara, yang sama sekali mengenetepikan roh kebesaran Hari Raya itu. Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan, bahawa di Hari Raya Aidilfitri kita boleh bergembira, asalkan sahaja mengikut batasan-batasannya. 

  Batasan-batasan fitrah manusia ini, sesungguhnya mempunyai hikmahnya, supaya manusia menghormati dan memberi penilaian yang tinggi terhadap kejadiannya. Dalam surah al-Israk ayat 70, Allah berfirman “Sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam dan Kami angkat mereka dengan kenderaan di daratan dan di lautan. Kami telah kurniakan kepada mereka rezeki yang baik dan Kami telah lebihkan mereka di atas kebanyakan makhluk yang Kami jadikan dengan kelebihan (yang sempurna)”. Ayat al-Quran ini menunjukkan bahawa manusia itu diberi keistimewaan dan berbagai-bagai kelebihan. Manusia seharusnya bersyukur atas nikmat dan pemberian Tuhan itu. 

 5. Pengajaran Di Sebalik Hari Raya Aidilfitri 

  Hari Raya Aidilfitri yang mengingatkan manusia akan kejadiannya yang fitriah itu, haruslah difahami dan disedari. Janganlah melakukan sesuatu yang boleh melanggar kefitriahannya. Sewaktu berhubungan antara satu sama lain, Rasulullah bersabda: “Bergaullah dengan orang-orang menurut apa yang anda suka mereka bergaul dengan anda. Dan jangan suka mementingkan diri sendiri”. Dalam ayat 8 surah al-Maidah, Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi kerana keadilan. Jangan bahayakan kamu dengan perpecahan suatu kaum dari yang tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah, itulah yang lebih hampir kepada takwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengerti apa-apa yang kamu kerjakan.” 

  Sesungguhnya Islam telah menggariskan konsep fitriah dan konsep pengalaman Hari Raya Aidilfitri itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah mengetahui dan membudayakan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh Rasululah dan para sahabat. Tidak ada maknanya puasa dilakukan sepanjang bulan puasa, jika amalan Hari Raya itu dilakukan di luar garis-garis yang dibenarkan. Sesungguhnya amalan dan segala ibadat itu adalah wajib dan sebagai dugaan kebenaran iman. 

Ayat 165, surah al-An’am, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi, dan mengangkat darjat-darjat dari kamu atas sebahagian untuk menguji kamu tentang apa yang Dia telah datangkan kepada kamu, lalu Dia mengkhabarkan kepadamu apa-apa yang kamu perselisihkan.” Sesungguhnya ibadat puasa, sama juga dengan ibadat yang lain adalah amanah dan dugaan dari Allah bagi membuktikan keikhlasan dan ketaatbudian insan kepada al-Khaliqnya.


9.06.2008

Doa Ramadhan Dari Hari Pertama hingga ke hari 30

Hari Pertama 
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.".....................


Hari Kedua 
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih" 

Hari Ketiga 
?Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.? 

Hari Keempat 
?Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk 
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan 
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran 
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan 
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.? 

Hari Kelima 
?Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang 
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu 
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya? 
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi 
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha 
pengasih daripada segala pengasih.? 

Hari Keenam 
?Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan 
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan 
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh 
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan 
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.? 

Hari Ketujuh 
?Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.? 

Hari Kelapan 
?Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.? 

Hari Kesembilan 
?Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu. 

Hari Kesepuluh 
?Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.? 

Hari Kesebelas 
?Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.? 

Hari Kedua Belas 
?Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.? 

Hari Ketiga Belas 
?Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.? 

Hari Keempat Belas 
?Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.? 

Hari Kelima Belas 
?Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut 

Hari Keenam Belas 
?Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.? 

Hari Ketujuh Belas 
?Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.? 

Hari Kelapan Belas 
?Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.? 

Hari Kesembilan Belas 
?Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.? 

Hari Kedua Puluh 
?Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.? 

Hari Kedua Puluh Satu 
?Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.? 

Hari Kedua Puluh Dua 
?Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.? 

Hari Kedua Puluh Tiga 
?Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.? 

Hari Kedua Puluh Empat 
?Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.? 

Hari Kedua Puluh Lima 
?Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya? Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.? 

Hari Kedua Puluh Enam 
?Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.? 

Hari Kedua Puluh Tujuh 
?Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.? 

Hari Kedua Puluh Lapan 
?Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.? 

Hari Kedua Puluh Sembilan 
?Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.? 

Hari Ketiga Puluh 
?Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.?