Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuridhoi Islam itu jadi Agama Bagimu (Al Maidah: ayat 3)

11.23.2008

..:Adakah Kita Sebenarnya Begini?:..

KITA SEBENARNYA..

lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal.


KITA SEBENARNYA..

lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada
hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..

lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada
solat.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-
nama nabi dan rasul.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut helo atau hai daripada
Assalamualaikum wbt.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau
bertasbih.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memuji manusia
daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka membaca majalah
daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah
agama.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka mencarut daripada menyebut
MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.

KITA SEBENARNYA..

lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan
akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,

kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

‘yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang
kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,
maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal
dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang
mengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupun
perempuan, sedang ia dalam keadaan
beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka
diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab’.
(surah al-mu’min)

“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan
kebahagiaan di dunia mahupun akhirat….”

“wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu …”ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal dunia”


.:Lelaki di akhir zaman ini:..

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya


Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..


11.22.2008

WAHAI SAUDARIKU

Bantulah aku untuk menghampiri Allah dan bertaqarrub kepadaNya

Temuilah aku hanya atas urusan yang disukai Allah dan jangan tinggalkan aku kecuali setelah kamu mendoakanku dan memberi nasihat kepadaku

Jangan buang masaku dengan perbincangan yang tidak berfaedah dan ingatilah aku apabila kamu mendapati aku mensia-siakan waktu....


Jangan memujiku di hadapanku kerana ia akan memudharatkanku

Jagalah kehormatanku di hadapan manusia lain

Janganlah kamu mengherdikku atau mempermainkanku walau pun dengan tujuan bergurau

Janganlah menuntut dariku sesuatu yang aku tidak mampu

Serulah aku dengan kalimah yang aku sukai dan janganlah kamu menggelarku dengan gelaran yang aku benci

Janganlah kamu berbisik sesama kamu sedangkan aku ada di sisi kamu kerana itu akan membuka pintu syaitan di dalam hatiku

Janganlah kamu menakutkanku dengan apa jua bentuk walau pun dengan tujuan bergurau

Buanglah sangka buruk terhadap diriku kerana sangka buruk itu adalah kenyataan yang paling palsu

Khabarkanlah kepadaku hanya berita-berita yang kamu sudah pasti kebenarannya

Janganlah kamu mengkhabarkan kepadaku perkhabaran tentang saudara kita kecuali khabar yang akan menggembirakanku.

Janganlah kamu cuba untuk menyingkap rahsia diriku yang aku rahsiakan dari manusia sekian lama

Apabila aku menceritakan kepadamu perkhabaran seseorang yang aku tidak namakan, janganlah kamu bertanya kepadaku namanya. Berusahalah wahai saudariku untuk tidak menjaga tepi kain orang lain.

Bertuturlah kepadaku dengan pertuturan yang baik. Pilihlah kalimah yang aku sukai dan jangan gunakan kalimah yang akan menyakitkan hatiku

Janganlah perbezaan pendapat di antara kita mengguris hatimu dan membentuk sikapmu terhadapku

Janganlah kamu memaksaku untuk menerima pendapatmu

Tegurlah aku jika melakukan kesilapan dengan lembut, beradab dan penuh penghormatan

Janganlah kamu mempertahanku walau pun aku adalah orang yang kamu cintai, tetapi sentiasalah berusaha untuk mempertahankan kebenaran walau bersama siapa kebenaran itu berada

Jika kamu menaburkan jasa ke atasku, janganlah jasa tersebut kamu ungkit-ungkit di hadapanku

Kasihiku dan siramiku dengan belasmu dan tahanlah kemarahanmu ke atasku
Jangan sekali-kali kamu dengki terhadap nikmat yang Allah kurniakan ke atasku

Maafilah aku ketika aku memohon kemaafan daripadamu walau sebesar mana pun kesalahan yang aku lakukan terhadapmu

Berbincanglah denganku dan kongsikanlah masalahmu denganku

Janganlah kamu menemuiku dengan wajah yang masam walau sebesar mana pun masalah yang kamu sedang hadapi

Marilah kita mengembalikan hak sesama kita kerana seseorang yang memakan hak saudaranya tanpa keredhaan darinya akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat kelak

Bantulah aku ketika aku di dalam kesusahan. Jangan tinggalkan aku bersendirian berhadapan masalahku dan jangan tutup pintumu kepadaku



Wahai saudariku,

Mataku sentiasa mencarimu di kalangan manusia

Jantungku berdegup setiap kali ku dengar ketukan
pintu kerana kerinduanku kepadamu

Kesedihanku bertambah dari hari ke hari menunggu
kedatanganmu

Bersegeralah saudariku untuk menemuiku

Agar kegembiraanku bertambah dan kesedihanku reda

Wahai saudariku yang sentiasa ku nanti

Wahai saudariku yang sentiasa kurindu

Jangan lupakan aku setiap kali azan Maghrib
berkumandang

Sebutlah namaku di dalam doamu

Moga-moga Allah menghimpunkan kita di dalam
syurgaNya

Sebagaimana Dia menyatukan hati-hati kita di
dunia

Moga-moga Allah menempatkan kita di bawah
naunganNya

Di hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya


SEBUAH KEIKHLASAN


Wanita suci,
Mungkin aku memang tak romantis, tapi siapa peduli, karena toh kau tak mengenalku. Bagiku kau bukan bunga, tak mampu aku samakan kamu dengan bunga-bunga terindah dan terharum sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, tertinggi, karenanya kau tak membutuhkan persamaan............


Wanita suci,
Jangan pernah engkau biarkan aku menatapmu penuh, karena itu akan membuatku mengingatmu. Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari. Kasihani dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Dirimu terlalu suci.

Wanita suci,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung, ada ingin tapi tak ada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku, karena sucimu, indahmu, kau pertaruhkan. Mungkin kau tak peduli tapi kau hanya akan menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah, tak lebih dari wanita biasa.

Wanita suci,
Jangan pernah kau tatapku penuh, bahkan kau tak perlu lirikan matamu untuk melihatku. Bukan karena aku terlalu indah, tetapi karena aku seorang manipulator. Aku biasa memakaikan topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra, meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari kubangan lumpur. Kau memang suci tapi sangat mungkin kau termanipulasi. Karena toh kau hanya manusia, hanya wanita, meski kau wanita suci.

Wanita suci,
Beri sepenuh diri pada dia sebagai lelaki suci yang dengan sepenuh diri bawamu kepada Tuhan. Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu fikir lagi. Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad. Atau kejar sang lelaki suci itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Wanita suci,
Bariskan harapmu pada istikharah sepenuh arti ikhlash. Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di permainan ini. Mungkin lelaki itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyu’an ibadah

Wanita suci,
Pilihan Tuhan tak selalu seindah inginmu. Tapi itulah pilihanNya. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan. Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlashanmu menerima keputusan Kekasih tertinggi. Kekasih tempat kita (seharusnya) memberikan semua cinta dan menerima cinta yang tak terhingga dalam tiap detik hidup kita.


Kisah Sa’id bin Amir bin Huzaim AlJumahy

Abu Nu’aim mengeluarkan dari Khalid bin Ma’dan, dia berkata, “Umar bin Al-Katthab ra. mengangkat Sa’id bin Amir bin Huzaim ra. sebagai amir kami di Himsh. Ketika Umar datang ke sana, dia bertanya, “Wahai penduduk Himsh, apa pendapat kalian tentang Sa’id bin Amir, amir kalian?” Maka banyak orang yang mengadu kepada Umar ra. Mereka berkata, “Kami mengadukan empat perkara. Yang pertama kerana dia selalu keluar rumah untuk menemui kami setelah hari sudah siang.’ Umar ra. berkomentar, “Itu yang paling besar. Lalu apa lagi?’ Mereka menjawab, “Dia tidak mahu menemui seseorang jika malam hari.” “Itu urusan yang cukup besar,” komentar Umar ra. Lalu dia bertanya, “Lalu apa lagi?” Mereka menjawab, “Sehari dalam satu bulan dia tidak keluar dari rumahnya untuk menemui kami.” “Itu urusan yang cukup besar,” komentar Umar ra. Lalu dia bertanya, “Lain apa lagi?” Mereka menjawab, “Beberapa hari ini dia seperti orang yang akan meninggal dunia.”


Kemudian Umar bin Al-Khatthab ra. mengkonfirmasi di antara Sa’id bin Amir ra. dan orang-orang yang mengadukan beberapa masalah tersebut. Saat itu Umar ra. berkata kepada dirinya sendiri, “Ya Allah, jangan sampai anggapanku tentang dirinya keliru pada hari ini.” Lalu dia bertanya kepada orang-orang yang mengadu, “Sekarang sampaikan apa yang kalian keluhkan tentang diri Sa’id bin Amir ra.!’

“Dia selalu keluar rumah untuk menemui kami setelah hari sudah siang,’ kata mereka. Sa’id menanggapi, “Demi Allah, sebenamya aku tidak suka untuk mengungkapkan hal ini. Harap diketahui, keluargaku tidak mempunyai pembantu, sehingga aku sendiri yang harus menggiling adonan roti. Aku duduk sebentar hingga adunan itu menjadi lumat, lalu membuat roti, mengambil wudhu’, baru kemudian aku keluar rumah untuk menemui mereka.”

Umar bertanya kepada mereka, “Apa keluhan kalian yang lain?” Mereka menjawab, ‘Dia tidak mau menemui seorangpun pada malam hari.” ‘Lalu apa alibimu?’ tanya Umar ra. kepada Sa’id bin Amir ra. “Sebenarnya aku tidak suka untuk mengungkapkan hal ini. Aku menjadikan siang hari bagi mereka, dan menjadikan malam hari bagi Allah.”

“Apa keluhan kalian yang lain?” tanya Umar kepada mereka. Mereka menjawab, “Sehari dalam satu bulan dia tidak mau keluar dari rumahnya untuk menemui kami.” “Apa alibimu? tanya Umar ra. kepada Said ra. “Aku tidak mempunyai seorang pembantu yang mencuci pakaianku, di samping itu, aku pun tidak mempunyai pakaian pengganti yang lain.” Maksudnya, hari itu dia mencuci pakaian satu-satunya.

“Apa keluhan kalian yang lain?” tanya Umar kepada mereka. Mereka menjawab, “Beberapa hari ini dia seperti orang yang akan meninggal dunia.” “Apa alibimu?” tanya Umar ra. kepada Sa’id ra. Sa’id ra. menjawab,


“Dulu aku menyaksikan terbunuhnya Hubaib Al-Anshary di Makkah. Aku lihat bagaimana orang-orang Quraish mengiris-iris kulit dan daging Hubaib ra. lalu mereka membawa tubuhnya ke tiang gantungan. Orang-orang Quraisy itu bertanya kepada Hubaib, ‘Sukakah engkau jika Muhammad menggantikan dirimu saat ini?’ Hubaib menjawab, ‘Demi Allah, sekalipun aku berada di tengah keluarga dan anak-anakku, aku tidak ingin Muhamrnad Shallallahu Alaihi wa Sallam terkena duri sekalipun’. Kemudian dia berseru, ‘Hai Muhammad, aku tidak ingat lagi apa yang terjadi pada hari itu’.

Sementara saat itu aku yang masih musyrik dan belum beriman kepada Allah Yang Maha Agung, tidak berusaha untuk menolongnya, sehingga aku beranggapan bahawa Allah ta’ala sama sekali tidak akan mengampuni dosaku. Kerana itulah barangkali keadaanku akhir-akhir ini seperti orang yang akan meninggal dunia.”

Umar bin Al-Khatthab ra. berkata, “Segala puji bagi Allah, kerana firasatku tentang dirinya tidak meleset.” Setelah itu Umar memberinya seribu dinar, seraya berkata, “Pergunakanlah wang ini untuk menunjang tugas-tugasmu.” Isteri Sa’id ra. berkata kegirangan setelah menerima wang itu, ‘Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kecukupan kepada kita atas tugas yang engkau emban ini.” Sa’id bertanya kepada isterinya, “Apakah engkau mahu yang lebih baik lagi? Kita akan memberikan wang ini kepada orang yang lebih memmerlukannya daripada kita. “Boleh,” jawab isterinya. Lalu Sa’id memanggil salah seorang anggota keluarganya yang dapat dipercaya, dan dia memasukkan wang ke dalam beberapa bungkusan, seraya berkata, “Bawalah bungkusan ini dan berikan kepada janda keluarga Fulan, orang miskin keluarga Fulan, orang yang terkena musibah keluarga Fulan. Selebihnya disimpan, Isterinya bertanya, “Mengapa engkau tidak membeli seorang pembantu? Lalu untuk apa sisa wang itu?” Sa’id ra. menjawab, “Sewaktu-waktu tentu akan datang orang yang lebih memerlukan wang itu.

(Al-Hilyah, 1:245)


Kezuhudan para sahabat r.anhum

Kezuhudan Abu Bakar

Ahmad mengeluarkan dari Aisyah r.ha, dia berkata, “Abu Bakar meninggal dunia tanpa meninggalkan satu dinar mahupun satu dirham pun. Sebelum itu dia masih memilikinya, namun kemudian dia mengambilnya dan menyerahkannya ke Baitul-mal.” Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 3/132.


Kezuhudan Umar bin Al-Khaththab

Ahmad mengeluarkan di dalam Az-Zuhud, Ibnu Jarir dan Abu Nu’aim dari Al-Hasan, dia berkata, “Ketika Umar bin Al-Khaththab sudah menjadi khalifah, di kain mantelnya ada dua belas tambalan. Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 4/405.

Kezuhudan Utsman bin Affan

Abu Nu’aiin mengeluarkan di dalam Al-Hilyah, 1/60, dari Abdul-Malik bin Syaddad, dia berkata, “Aku pernah melihat Utsman bin Affan berkhutbah di atas mimbar pada hari Jum’at, sambil mengenakan kain mantel yang tebal (kasar), harganya berkisar empat atau lima dirham. Kain ikat kepalanya juga ada yang robek. Diriwayatkan dari Al-Hasan, dia berkata, “Aku pernah melihat Utsman bin Affan yang datang ke masjid dalam keadaan seperti itu, pada saat dia sudah menjadi khalifah.” Ahmad mengeluarkan di dalam Shifatush-Shafwah, 1/116.

Kezuhudan Ali Bin Abu Thalib

Ahmad mengeluarkan dari Abdullah bin Ruzain, dia berkata, “Aku pernah masuk ke rumah Ali bin Abu Thalib pada hari Idul-Adhha. Dia menyuguhkan daging angsa kepadaku. Aku berkata, “Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepadamu. Kerana engkau bisa menyuguhkan makanan ini, bererti Allah memang telah melimpahkan kebaikan kepadamu, ” Dia berkata, “Wahai Ibnu Ruzain, aku pernah mendengar Rasuluilah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Tidak diperkenankan harta Allah bagi seorang khalifah kecuali sebanyak dua takaran saja, satu takaran yang dia makan bersama keluarganya, dan satu takaran lagi yang harus dia berikan kepada orang-orang.” Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Bidayah, 8/3.

Kezuhudan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

Abu Nu’airn mengeluarkan dari Abu Ma’mar, bahawa tatkala Umar mengadakan lawatan ke Syam, maka disambut para pemuka dan pemimpin masyarakat di sana. “Mana saudaraku?” tanya Umar. “Siapa yang engkau maksudkan?’ tanya orang-orang. “Abu Ubaidah. ” “Sekarang dia baru menuju ke sini. Ketika Abu Ubaidah sudah tiba, Umar turun dari kenderaannya lalu memeluknya. Kemudian Umar masuk ke rumah Abu Ubaidah dan tidak melihat perkakas apa pun kecuali pedang, perisai dan kudanya. Ahmad mengeluarkan hadits yang serupa seperti yang disebutkan di dalam Shifatush-Shafwah, 1/143. Ibnul-Mubarak juga meriwayatkannya di dalam Az-Zuhd, dari jalan Ma’mar, serupa dengan ini, seperti yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 2/253.

Kezuhudan Mush’ab bin Umair

Al-Bukhary mengeluarkan di dalam Shahih-nya, dari Hibban, bahawa Mush’ab bin Umair meninggal dan hanya meninggalkan selembar kain. Jika orang-orang menutupkan kain itu ke kepalanya, maka kedua kakinya menyembul, dan jika ditutupkan ke kedua kakinya, maka kepalanya yang menyembul. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “tutupkan dedaunan ke bagian kakinya.” Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 3/421.

Kezuhudan Salman Al-Farisy

Abu Nu’aim mengeluarkan dari Athiyah bin Amir, dia berkata, “Aku pernah melihat Salman Al-Farisy ra. menolak makanan yang disuguhkan kepadanya, lalu dia berkata, “Tidak, tldak. Kerana aku pemah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

‘Sesungguhnya orang yang lebih sering kenyang di dunia akan lebih lama laparnya di akhirat. Wahai Salman, dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin dan syurga orang kafir’.

Di dalam Al-Hilyah, 1/198, Bahagian terakhir dari hadits di atas, “Dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin”, merupakan riwayat Muslim.

Kezuhudan Abu Dzarr Al-Ghifary

Ahmad mengeluarkan dari Abu Asma’, bahawa dia pernah masuk ke rumah Abu Dzarr di Rabadzah. Dia mempunyai seorang isteri berkulit hitam yang sama sekali tidak memakai hiasan macam apa pun dan tidak pula mengenakan minyak wangi. Abu Dzarr berkata, “Apakah kalian tidak rnelihat apa yang disuruh para wanita berkulit hitam ini? Mereka menyuruhku unluk pergi ke Irak. Namun ketika kami tiba di Irak, mereka justeru lebih senang kepada dunia. Padahal kekasihku (Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam) memberitahukan kepadaku bahawa di atas jambatan neraka ada rintangan dan halangannya. Kita akan menyeberangi jambatan itu sambil membawa beban kita. Maka lebih baik bagiku untuk menyeberang dengan selamat tanpa mernbawa beban apa pun.” Begitulah yang disebutkan di dalam At-Targhib Wat-Tarhib, 3/93. Ahmad juga meriwayatkannya dan rawi-rawinya shahih.

Kezuhudan Abud-Darda’

Ath-Thabrany mengeluarkan dari Abud-Darda’ Radhiyallahu Anhu, dia berkata, ‘Dahulu sebelum Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menjadi rasul, kami adalah para pedagang. Namun setelah beliau diutus sebagai rasul, aku ingin terjun kembali dalam perniagaan dan sekaligus rajin beribadah. Tapi nyatanya aku tidak bisa mantap dalam ibadah. Akhirnya kutinggalkan perniagaan dan mengkhususkan diri dalam ibadah.’ Menurut Al-Haitsainy, 9/367, rijalnya shahih.

Kezuhudan Al-Lajlaj Al-Ghathafany

Ath-Thabrany mengeluarkan dengan isnad yang tidak diragukan, dari Al-Lajlaj Radhiyallahu Anhu, dia berkata, “Sejak aku masuk Islam di hadapan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, aku tidak pernah makan dan minum kecuali sekadar secukupnya.” Begitulah yang disebutkan di dalarn At-Targhib, 31423. Abul-Abbas As-Siraj di dalam Tarikh-nya dan Al-Khathib di dalam Al-Muttafaq, seperti yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 2/328.

Kezuhudan Abdullah bin Umar

Abul-Abbas As-Siraj mengeluarkan di dalam Tarikh-nya dengan sanad hasan, dari As-Sary, dia berkata, “Aku pernah melihat sekumpulan orang dari kalangan shahabat, bahawa tak seorang pun di antara mereka yang keadaannya senantiasa mirip dengan keadaan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam selain dari Ibnu Umar. “Abu Sa’id Al-Mraby mengeluarkan dengan sanad yang shahih, dari Jabir ra., dia berkata, ‘Tidak ada seseorang di antara kami yang mendapatkan kekayaan dunia melainkan dia justeru meninggalkannya selain dari Abdullah bin Umar.’ Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 21347.


Abu Ubaidah bin Jarah r.a

Kelahiran dan perkembangannya:

Abu Ubaidah bin Jarah ra. lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarah yang dijuluki dengan Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, dia disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.


Masuk Islam dari sejak awal lagi:

Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal lagi, dia memeluk Islam satu hari setelah Abu Bakar siddik r.a. memeluk Islam. Dia masuk Islam bersama Abdurrahman bin Auf, Usman bin Mazun dan Arqom bin Abil Arqom di tangan Abu Bakar Sidik. Abu Bakar lah yang membawakan mereka menemui Rasulullah saw. untuk menyatakan syahadat di depan beliau.

Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Dia lah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Badar, sehingga ayat Alquran turun mengenai dia seperti tertera dalam surah Al Mujadilah ayat 22.

Ertinya, “Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah swt. dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan Dia bekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahawa perajurit Allah pasti akan berjaya. (Al-Mujadilah, 22)

Gagah dan Jujur:

Rasulullah saw. menjulukinya dengan seorang yang “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah saw. Mereka mengatakan, “Ya Ayah Kasim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah saw. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini nanti pagi, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang ‘gagah dan jujur’.”

Dalam kaitan ini, Umar bin Khattab r.a. mengatakan, “Saya berangkat mahu solat Zohor agak cepat, sama sekali bukan kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi, tetapi kerana memang saya senang pergi solat cepat-cepat. Setelah Rasulullah selesai mengimami salat Zuhur bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”

Sikapnya Dalam Peristiwa Saqifah:

Sepeninggal Rasulullah saw. Umar bin Khattab r.a. mengatakan kepada Abu Ubaidah bin Jarah di hari Saqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Sungguh di setiap kaum terdapat orang jang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab, ‘Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah saw. menjadi imam kita di waktu salat, oleh sebab itu kita sayugianya membuatnya jadi imam sepeninggalan Rasulullah saw.

Jihadnya:

Abu Ubaidah bin Jarah r.a. ikut menyertai dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai andil besar dalam setiap peperangan tersebut. Dia berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah dia berhasil menakluki semua negeri tersebut.

Ketika wabak penyakit Taun merajalela di negeri Syam, Khalifah Umar bin Khattab r.a. mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi, “Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu, kalau kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah serdadu muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah saya dibebaskan dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.” Setelah Umar r.a. membaca surat itu, dia menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”

Biografinya:

Sepeninggal Abu Ubaidah r.a. Muaz bin Jabal berpidato di hadapan kaum muslimin yang berisi, “Hai sekalian kaum muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari dia. Oleh sebab itu kasihanilah dia, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Wafatnya:

Menjelang kematian Abu Ubaidah r.a. dia memesankan kepada serdadunya sbb., “Saya pesankan kepada kalian sebuah pesan, jika kalian terima, kalian akan baik, ‘Dirikanlah salat, bayar zakat, puasalah bulan Ramadan, berdermalah, tunaikan ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah kalian, sampaikanlah nasihat kepada pimpinan kalian, jangan suka menipunya, janganlah kalian terpesona dengan keduniaan, kerana betapa pun seorang melakukan seribu upaya, dia pasti akan menemukan kematiannya seperti saya ini. Sungguh Allah telah menetapkan kematian untuk setiap peribadi manusia, oleh sebab itu semua mereka pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat…Assalamu alaikum warahmatullah’.”

Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal r.a. dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah r.a. pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Mu’awwiyah r.a

Dikeluarkan oleh At-Thabarani dan Abu Ya’la dari Abu Funail dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan radhiallaahu ‘anhu, dimana Mu’awiyah ra. telah menaiki mimbar pada hari Qimamah dan berkata dalam khutbahnya, “Sesungguhnya harta rampasan adalah harta kami dan terserah kepada kami untuk membahagi-bahagikannya. Barangsiapa yang kami kehendaki, kami akan memberikan kepadanya dan barangsiapa yang tidak kami kehendaki kami tahan dari membahagikannya”. Tidak ada seorangpun yang menjawab kata-katanya itu. Pada hari Jum’at yang berikutnya beliau berkata-kata dengan perkara yang sama sehingga lah hari Jum’at yang ketiga di mana beliau juga berkhutbah dengan perkara yang sama.


Maka seorang lelaki yang hadir di dalam Masjid itu telah berkata kepadanya, “Tidak sekali-kali, sesungguhnya harta tersebut adalah milik kami semua (dan harus dibahagi-bahagikan dengan adil). Barangsiapa yang menghalang kami dari harta tersebut kami akan berhukum kepada hukum Allah dengan pedang-pedang kami”. Lalu Mu’awiyah ra. pun turun dari mimbar dan mengutus seseorang untuk memanggil lelaki itu.

Orang-orang (Muslimin) pun berkata, “Binasalah lelaki itu”.

Kemudian kaum muslimin pun masuk menemui Mu’awiyah ra. di dalam rumahnya dan mendapati lelaki itu sedang duduk di atas tempat tidur. Maka berkatalah Mu’awiyah ra. kepada orang ramai, ‘Lelaki itu telah menyinari rohaniku pada hari ini, maka Allah akan menyinari jiwanya juga, aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alayhi wa sallaam bersabda,

“Akan terjadi setelahku seorang Amir akan berkata-kata dengan sesuatu yang bertentangan dengan syari’ah dan tiada seorangpun yang menentangnya. Dengan itu mereka akan dilemparkan ke dalam neraka sebagaimana monyet memasuki neraka (berlompatan kerana kepanasan)”.

Aku telah berkhutbah kepada kamu pada hari Jum’at yang pertama, maka tidak ada seorangpun dari kamu yang bangun menentangku, lalu aku takut sekiranya aku menjadi golongan amir tersebut. Kemudian aku sekali lagi berkhutbah dengan perkara yang sama pada hari Jum’at yang kedua, maka tidak ada seorangpun yang membangkangi aku. Akupun berkata kepada diriku sendiri, “Sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan amir tersebut”. Kemudian sekali lagi aku berkhutbah dengan perkara yang sama pada hari Jum’at ketiga, maka lelaki ini telah bangun dan membantahi aku. Maka dia telah menghidupkan aku, lalu Allah akan menghidupkannya’.

Kata Al-Haitsami, ianya telah diriwayatkan oleh At-Thabarani di dalam kitab Al-Kabir, Al-Ausad. Abu Ya’la dan perawi-perawinya adalah kukuh.