Bantulah aku untuk menghampiri Allah dan bertaqarrub kepadaNya
Temuilah aku hanya atas urusan yang disukai Allah dan jangan tinggalkan aku kecuali setelah kamu mendoakanku dan memberi nasihat kepadaku
Jangan buang masaku dengan perbincangan yang tidak berfaedah dan ingatilah aku apabila kamu mendapati aku mensia-siakan waktu....
Jangan memujiku di hadapanku kerana ia akan memudharatkanku
Jagalah kehormatanku di hadapan manusia lain
Janganlah kamu mengherdikku atau mempermainkanku walau pun dengan tujuan bergurau
Janganlah menuntut dariku sesuatu yang aku tidak mampu
Serulah aku dengan kalimah yang aku sukai dan janganlah kamu menggelarku dengan gelaran yang aku benci
Janganlah kamu berbisik sesama kamu sedangkan aku ada di sisi kamu kerana itu akan membuka pintu syaitan di dalam hatiku
Janganlah kamu menakutkanku dengan apa jua bentuk walau pun dengan tujuan bergurau
Buanglah sangka buruk terhadap diriku kerana sangka buruk itu adalah kenyataan yang paling palsu
Khabarkanlah kepadaku hanya berita-berita yang kamu sudah pasti kebenarannya
Janganlah kamu mengkhabarkan kepadaku perkhabaran tentang saudara kita kecuali khabar yang akan menggembirakanku.
Janganlah kamu cuba untuk menyingkap rahsia diriku yang aku rahsiakan dari manusia sekian lama
Apabila aku menceritakan kepadamu perkhabaran seseorang yang aku tidak namakan, janganlah kamu bertanya kepadaku namanya. Berusahalah wahai saudariku untuk tidak menjaga tepi kain orang lain.
Bertuturlah kepadaku dengan pertuturan yang baik. Pilihlah kalimah yang aku sukai dan jangan gunakan kalimah yang akan menyakitkan hatiku
Janganlah perbezaan pendapat di antara kita mengguris hatimu dan membentuk sikapmu terhadapku
Janganlah kamu memaksaku untuk menerima pendapatmu
Tegurlah aku jika melakukan kesilapan dengan lembut, beradab dan penuh penghormatan
Janganlah kamu mempertahanku walau pun aku adalah orang yang kamu cintai, tetapi sentiasalah berusaha untuk mempertahankan kebenaran walau bersama siapa kebenaran itu berada
Jika kamu menaburkan jasa ke atasku, janganlah jasa tersebut kamu ungkit-ungkit di hadapanku
Kasihiku dan siramiku dengan belasmu dan tahanlah kemarahanmu ke atasku
Jangan sekali-kali kamu dengki terhadap nikmat yang Allah kurniakan ke atasku
Maafilah aku ketika aku memohon kemaafan daripadamu walau sebesar mana pun kesalahan yang aku lakukan terhadapmu
Berbincanglah denganku dan kongsikanlah masalahmu denganku
Janganlah kamu menemuiku dengan wajah yang masam walau sebesar mana pun masalah yang kamu sedang hadapi
Marilah kita mengembalikan hak sesama kita kerana seseorang yang memakan hak saudaranya tanpa keredhaan darinya akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat kelak
Bantulah aku ketika aku di dalam kesusahan. Jangan tinggalkan aku bersendirian berhadapan masalahku dan jangan tutup pintumu kepadaku
Wahai saudariku,
Mataku sentiasa mencarimu di kalangan manusia
Jantungku berdegup setiap kali ku dengar ketukan
pintu kerana kerinduanku kepadamu
Kesedihanku bertambah dari hari ke hari menunggu
kedatanganmu
Bersegeralah saudariku untuk menemuiku
Agar kegembiraanku bertambah dan kesedihanku reda
Wahai saudariku yang sentiasa ku nanti
Wahai saudariku yang sentiasa kurindu
Jangan lupakan aku setiap kali azan Maghrib
berkumandang
Sebutlah namaku di dalam doamu
Moga-moga Allah menghimpunkan kita di dalam
syurgaNya
Sebagaimana Dia menyatukan hati-hati kita di
dunia
Moga-moga Allah menempatkan kita di bawah
naunganNya
Di hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya
2 komentar:
Selamat lagi kang wasim,,
kapan nih mo menuju kesemperunaan hidup ?
tak doakan segera dan sama orang yang dicinta dan disayangi,,,
amin 1000x
wah jazakallah kang Hery...makasih doanya..Insya Allah sebentar lagi....Allahu Akbar
Posting Komentar
Terimaksih sudah menyempatkan waktunya untuk membaca artikel diatas,silahkan tinggalkan komentar Anda